Monday, March 30, 2009

Renungan Untuk Teman


Tak kala kita dilamun krisis kemurungan ekonomi, baru kita terasa bahananya sedangkan kita alpa bilamana kita diselubungi kesenangan dan kemewahan seketika... walaupun ianya hanya sekejap waktu namun itulah dugaan dan pengajaran untuk kita daripada yang Maha Kuasa menguji sejauhmana kesabaran kita.

Wahai, teman-temanku ayuh bangun dan terus bangun daripada kealpaan itu...marilah kita sama-sama berganding bahu demi menegakkan semangat perjuangan menuntut satu arah demi anak bangsaku yang tercinta.



ikhlas dariku,
saikomeh69

1 comment:

  1. Mensyukuri Nikmat...

    Dalam Islam hidup kita ini mempunyai tahap iman yang tertentu. Tetapi sebelum seseorang itu memhami Islam yang syumul itu kita perlu memperkukuhkan keimanan kita pada ALLAH. pertama, tahap Iman kita akan berubah mengikut hari-hari... Contoh hari ini kita banyak melakukan pekara yang baik dan membaca Al-Quran tetapi hari esok kita tidak membacanya maka iman kita akan berkurangan. Penambahan Iman kita bergantung kepada perbuatatan kita seharian. Tahap Iman pertama mengucap dua kalimah syahadah yg bermaksud "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah selaian daripada ALLAH dan Nabi Muhmaad itu pesuruh ALLAh". Sehubungan itu hubungan kita dengan ALLAH adalah secara "direct" dan tidak ada perantaraan berbanding dengan agama lain. Kita ikrar dengan lidah, kita tasdiq dalam hati kita lakukan dengan perbuatan. Itu yang dinamakan Iman...

    Bagi orang Islam perlakuan Iman menjadi pokok utama...selepas itu baru Takwa. Untuk mendapatkan kemanisan Iman perlu ada cabaran secara menyeluruh. Yang pertama bagi orang Islam ialah nikmat kesenangan yang gagal untuk kita atasi tetapi bagi ujian kesusahan banyak kita berjaya tempuhi, serta kita akan gagahi tapi nikmat kesenangan banyak kita alpa contoh kenaikan pangkat, harta bertimbun isteri cantik anak pandai dan perbagai lagi nikmat yang diberikan oleh ALLAH. Kalaulah ALLAH berkehendakan bayaran...nescaya tidak akan terhitung untuk kita membayarnya... Contoh, nikmat dapat menghirup udara bersih. Tidak ada seorang manusia pun yang dapat mencipta udara...ini kan pula kita sebagai manusia yg sombong dengan ALLAH dan tidak mensyukuri nikmatnya...

    ReplyDelete